Malaysia's Friendliest Vacation Rentals and Homestay Booking Site

Restoran Mun (The Touch City)

Restoran Mun (The Touch City) Featured Image

Mun Restaurant, ianya terletak di dalam Touch City di Melaka, meyakinkan, kompetitif dan ekonomik. Namun masakannya berkualiti tinggi untuk di sajikan kepada semua pelanggan mereka.

Mereka menerima tempahan untuk pelbagai sambutan dan perayaan. Berikut adalah sebahagian daripada senarai di dalam menu yang anda mesti cuba!

Get FREE entry coupon to The Touch City!

Visit HERE to find out how to redeem your free coupon before 30 April 2017. Limited quantity only!


Assorted Mushrooms with 3-Flavor Sauce

Untuk menghasilkan sos buatan sendiri yang unik yang disediakan oleh chef mereka yang mahir, mereka menggunakan dua jenis cendawan perubatan iaitu, Hericium Erinaceus dan Pleurotus.

Sos buatan sendiri ini mempunyai rasa yang unik pada Cendawannya yang memenuhi cita rasa tetamu yang makan di restoran mereka ini.


Memory Pumpkin Bowl with Tofu and Egg

Labu dilihat sebagai bernilai dalam mengamalkan kesihatan dan kesejahteraan. Ini kerana labu kaya dengan khasiat dan ia dipercayai dapat membantu dalam mengawal selia metabolisme dan menggalakkan peredaran darah yang lebih dinamik.

Di sebalik hidangan masakan ini mempunyai cerita yang sangat menyentuh hati. Jadi, masakan yang disediakan ini dihidangkan oleh chef dengan penuh kasih sayang.

Kandungan Nutrisi:

  • Ia membantu dalam mengawal tekanan darah, glukosa darah, dan metabolisme badan.
  • Ia juga dapat mencegah sembelit


Spicy Tofu with House Special Sauce

Masakan ini rangup di luar, dan lembut di dalam.

Tauhu pedas ini disediakan oleh chef mereka sendiri. Serbuk tauhu dan sos yang diperbuat daripada gabungan pelbagai buah-buahan ini menggunakan resipi rahsia buatan sendiri. masakan ini pasti akan ada rasa gaya ala-ala masakan Barat.


The Volcanic Pecan

Chef kami menggunakan tomato yang lazat dan berkhasiat yang boleh memberikan nutrien yang sagat berkhasiat untuk sesiapa sahaja yang merasa hidangan ini. Tomato ini dikatakan raja segala nutrien berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran lain.

Dalam usaha untuk menghasilkan Pecan Volcanic yang lazat ini, chef mereka menggunakan kemahiran dan resipi rahsia untuk menghasilkannya.

Kandungan Nutrisi:

  • Masakan ini kaya dengan karotena, vitamin B dan vitamin C.
  • The Volcanic Pecan membantu dalam memperbaiki pelbagai peredaran darah badan kita, meningkatkan detoksifikasi, meningkatkan selera makan, dan juga membantu dalam penghadaman.


The Health Nourishment Soup

Sup Health Nourishment ini menggunakan buah-buahan, sayur-sayuran, dan herba tradisional Cina sebagai bahan utamanya. Sup ini mempunyai rasa yang semula jadi manis dan nutrisinya diserap degan baik di dalam sup. Ada pepatah di kalangan orang Cina mengatakan, "menghirup sup sebelum makan adalah lebih baik daripada mengambil apa-apa ubat preskripsi ".

Kandungan Nutrisi:

  • Masakan ini membantu dalam mengawal tekanan dan peredaran darah.
  • Sup Health Nourishment ini juga membantu dalam mencegah penyakit sembelit.


Sayur-sayuran Seasonal di Sarang Burung

permukaannya digoreng sehingga rangup, dan yang paling menarik adalah rasanya yang unik. Rasanya lebih sedap jika di campur dengan sos buatan mereka sendiri. Makan disini pasti akan memberi satu pengalaman makan yang luar biasa.

Mun Restoran menggunakan bahan-bahan yang segar dan semula jadi apabila menyediakan makanan, selain menetapkan ‘standard’ yang tinggi kepada nilai-nilai kesihatan pada setiap masakan. Untuk mencapai kualiti makanan yang terbaik, Mun Restoran sangat mementingkan kawalan kualiti dan bahan-bahan makanan untuk memberi jaminan kepuasan kepada pelanggan.

Mun Restoran menyajikan masakan sayur-sayuran gaya ketimuran dan Barat yang berkualiti tinggi.

Masakan sayur-sayuran ini di sediakan khas kepada orang-orang yang mementingkan kesihatan, dengan prinsip yang Restoran Mun pegang iaitu "Makan untuk sihat, Makan untuk bertenaga, Semuanya bermula dengan sayur-sayuran".

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kakitangan restoran mereka di :

Alamat:

MC 13, Simpang Gading, Durian Tunggal, 76100 Melaka.

Koordinat GPS:

2°19'57.6"N 102°19'02.0"E

Tel No:

06-5530222

Masa Operasi:

10 pagi - 6 petang (Selesa Tutup)