Malaysia's Friendliest Vacation Rentals and Homestay Booking Site

The Touch City, Melaka (Auyin-Hill Resort)

The Touch City, Melaka (Auyin-Hill Resort) Featured Image

Pada 9 September 2016, The Touch City, taman tema berasaskan budaya kaum Cina, telah diperkenalkan kepada orang ramai dengan konsep yang baru di bawah pengasasnya yang terkemuka, Encik Chong Wee Chau, yang sebelumnya di panggil Auyin-Hill Resort.

Dengan konsep yang baru ini ia berharap untuk menyebarkan warisan kedua-dua budaya Cina dan adat Nanyang, menyokong budaya jalan yang lurus, dan yang paling penting, menggalakkan rasa kebaikan seperti ketaatan kepada ibu bapa di kalangan kanak-kanak.

Sejak pembukaan The Touch City ini dikatakan telah berjaya menarik beribu-ribu pelancong. Mereka teruja dan kagum dengan tarikan pemandangan di situ. Dengan tarikan pemandangan di Touch City ini, bukan sahaja mereka dapat mengambil gambar-gambar yang menarik, tetapi juga dapat mempelajari sejarah dan maklumat yang bermanfaat.


1. “Men” Zhi

Pintu gerbang The Touch City ini sebenarnya adalah perkataan dalam bahasa cina yang disebut sebagai ‘Men’, yang bermaksud pintu dalam bahasa Cina.

Ketika tahun 90-an, perkataan 'Men’ ini dikenali sebagai perkataan yang terbesar di Melaka. Oleh itu, ia telah direkodkan dalam Melaka “Book of Record”. Setakat ini, mereka memelihara pintu gerbang ini bagi mengimbau kembali nostalgia yang gemilang pada zaman 90-an dahulu.


2. Confucius

Confucius adalah seorang pendidik dan ahli falsafah yang terkenal di mana pengajarannya memberi penekanan kepada moral, hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan.

Dia menerima dan mengajar dari pelbagai peringkat umur, dan disebabkan itu dia mempunyai pelajar dari pelbagai latar belakang. Beliau telah di beri nama sebagai "Model Guru contoh untuk Zaman 10 ribu tahun ".

Falsafahnya membincangkan unsur-unsur akhirat dan pandangan mengenai Syurga, tetapi tidak begitu prihatin dengan perkara-perkara rohani. Ia adalah sebahagian daripada usaha Touch City untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai sikap rendah diri beliau serta menghargai jasa beliau sebagai guru buat selama-lamanya.


3. Green Dragon

Malaysia dianggap berada di bawah perlindungan naga Laut Timur, kerana Malaysia terletak di bahagian Timur. Menurut Mitologi Cina, Putera Dragon, Ao Bing telah dibunuh oleh Putera Nezha, ketika beliau sedang membersihkan dirinya di sebatang sungai.

Sebagai tanda penghormatan kepada Putera Dragon, mereka meletakkan patungnya di sini dengan harapan percikan air yang dilalui oleh naga ini akan bertukar menjadi bunga emas. Mereka juga berharap supaya patung ini akan membawa ketenangan dan keharmonian kepada semua.


4. The Smiling Buddha

Penganut agama Buddha percaya bahawa ‘Maitreya Buddha’ adalah warisan Sakyamuni Buddha yang tertentu. ‘Smilling Buddha’ melambangkan semangat belas kasihan, toleransi, dan keyakinan. ‘Maitreya Buddha’ juga merupakan lambang kepada imej Buddha. Ia mengingatkan kepada semua supaya mempunyai kebaikan hati.

Dengan adanya patung ini, The Touch City ingin mengingatkan semua tentang kepentingan mengawal kehendak nafsu dalam mencapai kesempurnaan pengislahan diri dan berfikiran positif.


5. The Flaming and Snowy Phoenix

Phoenix Api adalah phoenix yang ketiga paling berkuasa di antara phoenix-phoenix yang lain. Ia boleh membawa sinaran (tenaga positif) dan kekeringan (tenaga negatif).

Phoenix Salji pula adalah phoenix keempat paling berkuasa. Ia mengeluarkan salji (nafas keluar) dan membeku (nafas dalam). Phoenix api mewakili harapan dan kelahiran semula dan; Phoenix salji mewakili sifat keibuan dan kesucian.

Kisahnya, dua ahli syurga ini telah jatuh cinta antara satu sama lain dan mereka di sumpah oleh Jade Emperor menjadi dua sifat phoenix ini. Mereka hanya boleh melihat antara satu sama lain dari jarak yang jauh. Cinta yang digambarkan ini membawa harapan kepada penghormatan rasa cinta di Touch City.


6. The Imperial of Dragon

Patung Empayar Naga ini merupakan salah satu simbol terbesar di Touch City kerana idea penciptaannya datang dari pengasasnya sendiri. Pengasasnya bermimpi naga terbang ke arah langit, dan ini telah memberikan beliau inspirasi yang besar untuk membina sebuah patung naga.

Pada masa yang lalu, terdapat kepercayaan bahawa orang Cina adalah dari keturunan naga. Dengan patung-patung yang indah yang dibina di Touch City ini, ia melambangkan keistimewaan Touch City. Ia juga memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pelawat yang sukakan pengalaman fotografi.   


7. Buddhist Stupa’s Monument

Pernahkah anda melihat Monument stupa Buddha mereka?

Ya! Touch City stupa berasaskan Pagoda Tibet.

Stupa adalah berasal daripada bahasa Sanskrit, Manakala Chorten pula adalah perkataan dalam bahasa Tibet. Buddha Stupa yang terbesar dibina di Touch City untuk melambangkan lapan peringkat kehidupan dalam pengajaran Buddism.


8. Heavenly Supreme Incense

Penciptaan kemenyan Terbesar di Touch City ini adalah untuk menandakan penghargaan manusia dan penghormatan kepada langit kerana telah memberikan ketenangan dan keharmonian kepada kita.

Kemenyan agung ini mempunyai keistimewaannya dari segi saiz dan ia hanya boleh ditemui di Touch City.


9. Turtle Dragon

Naga Penyu merupakan salah satu simbol legenda Cina dengan kepala naga dan badan penyu. Penyu melambangkan kelanjutan usia manakala naga pula melambangkan kejayaan, keberanian dan keazaman.

Bagi Naga Penyu itu sendiri, ia menunjukkan tanggungjawab, kesabaran, panjang umur, dan berstatus. Naga Penyu di Touch City ini mempamerkan wawasan Pengasas Touch City yang telah di ukir pada papan tanda batu yang mana mencerminkan kepentingan hidup dalam perpaduan, keikhlasan, dan kebaikan. Dipercayai bahawa kualiti seperti ini boleh membentuk kehidupan yang aman dan harmoni.


10. Prince Siddharta

Putera Siddhartha pernah mempunyai harapan, harapan untuk menjadi guru bukan sahaja untuk umat manusia.

Bagaimana Touch City menggambarkan harapan beliau dengan cerita ini?

Selepas berjalan sejauh 7-langkah selepas beliau dilahirkan, kedua-jarinya menunjuk ke atas dan ke bawah yang membawa maksud harapan. Harapan beliau adalah untuk menjadi guru kepada setiap manusia. Dari patung ini, Touch City ingin membawa kepentingan dalam keikhlasan dan ketekunan.

Sebagaimana seorang putera pernah mempunyai harapan untuk menjadi guru kepada semua, dia tidak pernah teragak-agak untuk bergerak ke hadapan untuk memahami dunia sebenar dan menempuhi pelbagai halangan.


Harga Tiket:

RM 38 – Dewasa

RM 20 – kanak-kanak (dikenakan kepada pelajar sehingga peringkat universiti) & Warga Emas (Umur 60 ke atas) Semua pelawat yang berada pada segmen ini perlu menunjukkan kad pengenalan atau ID pelajar

TTouch City bukan sahaja menawarkan tempat letak kenderaan secara percuma dan kemudahan asas kepada orang ramai, tetapi juga pengalaman tempat makan yang sensasi. Semua pengunjung boleh menjamu selera di Mun Restaurant, yang diuruskan oleh Chef mereka yang berbakat. Chef mereka sebelum ini merupakan seorang Master Chef di salah satu cawangan yang ditadbir oleh Grand Empayar Group, dan semua makanan yang dihidangkan adalah 100% sesuai untuk vegetarian. Klik di sini untuk melihat beberapa hidangan yang disyorkan oleh chef dan beberapa gambar makanan yang boleh membuatkan anda terasa lebih lapar!


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi mereka di: 

Alamat

MC 13, Simpang Gading, Durian Tunggal, 76100 Melaka.

Koordinat GPS         

2°19'48.7"N 102°19'03.6"E

No Telefon:

06-5530000

Masa Beroperasi:

10am to 6pm (Isnin – Jumaat)

9am to 6pm (Sabtu – Ahad)

*parkir percuma untuk semua kenderaan