We are now in Indonesia and Vietnam!
Check out our listings.

Malaysia's Friendliest Vacation Rentals and Homestay Booking Site

Rangkaian Hotel Seri Malaysia

Rangkaian Hotel Seri Malaysia Featured Image

Pilihan terbaik sama ada untuk perniagaan atau tujuan rekreasi.



Ia adalah rangkaian hotel “mid-range” yang terbesar di Malaysia. Hotel ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan.

Ia menawarkan kemudahan penginapan dan tempat mesyuarat yang selesa dengan harga yang berpatutan untuk semua tetamu. Hotel Seri Malaysia sangat popular terutamanya di kalangan rakyat tempatan kerana layanan yang lemah lembut dan daya tarikan yang “friendly”.

Ia mempunyai 21 buah rangkaian hotel (dengan lebih daripada 2,000 bilik) terletak secara strategik di semua negeri-negeri di Malaysia kecuali Kelantan dan Sabah. Hotel Seri Malaysia adalah sesuai untuk semua lapisan masyarakat, sama ada untuk “bisnes trip”, percutian keluarga, berbulan madu bersama pasangan atau untuk warga emas.

Kemudahan asas yang Hotel Seri Malaysia sediakan termasuk WIFI, ASTRO (TV satelit), bilik mesyuarat, pusat perniagaan dan kolam renang.

Intipati utama adalah untuk memberi penginapan yang selesa dan memuaskan adalah dengan kemesraan dan layanan yang baik. Ini adalah penting supaya tetamu yang datang boleh merasa seperti berada di rumah semasa bercuti.

Berikut adalah beberapa rangkaian Hotel Seri Malaysia yang menjadi kegemaran di kalangan rakyat Malaysia.


1. Hotel Seri Malaysia Melaka

Hotel Seri Malaysia Melaka terletak hanya 1km dari Plaza Tol Ayer Keroh.

Di sekitarnya terdapat tarikan pelancong yang terkenal di Melaka seperti Taman Mini Asean, Butterfly and Reptile Sanctuary, Taman Buaya, Muzium Honey Bee serta (Hutan Lipur) Ayer Keroh. Selain itu, Zoo Melaka hanya terletak di sebelah hotel ini.

Hotel ini terletak berhampiran dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta “International Standard Golf and Country Clubs”. Lokasinya yang strategik menjadikan ia tempat yang popular untuk tinggal di kalangan pelancong perniagaan dan kakitangan kerajaan.

Hotel 3 Bintang yang popular ini dihiasi dengan seni bina tersendiri dan menyediakan 100 unit bilik hotel yang elegan dan selesa. Kemudahan yang yang disediakan oleh hotel ini termasuk restoran mereka sendiri yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, papan permainan (board games), kolam renang dan tempat letak kenderaan percuma. Kemudahan untuk bilik pula, pihak hotel menyediakan penghawa dingin, saluran TV Satelit (Astro), bilik mandi peribadi dan meja tulis yang lengkap dengan kemudahan membuat teh.

Anda boleh lihat kekosongan bilik dan menempahnya melalui laman web rasmi mereka.


2. Hotel Seri Malaysia Port Dickson

Hotel Seri Malaysia Port Dickson terletak di Port Dickson Batu 4

Hotel Seri Malaysia Port Dickson menyediakan titik permulaan yang baik untuk menerokai bandar Port Dickson yang meriah ini kerana ia berada pada titik tengah antara bandar Port Dickson di Utara dan ke Selatan. Dari situ, anda boleh menuju ke Tanjung Tuan dan melawat Rumah Api Cape Rachado yang terkenal.

Tarikan yang berdekatan yang boleh dilawati seperti Masjid Qariah @ Bagan Pinang, Pantai Blue Lagoon dan Masjid Depoh Askar Melayu Diraja.

Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Hotel Seri Malaysia Port Dickson termasuk Wi-Fi di tempat awam, “porter”, peti deposit keselamatan, bilik mesyuarat, restoran dan tempat letak kereta, memastikan penginapan yang menyeronokkan bagi setiap tetamunya.

Lain-lain rekreasi khas yang ditawarkan adalah termasuk kolam renang luar dan taman. Hotel Seri Malaysia Port Dickson adalah pilihan yang terbaik untuk pelancong yang ingin melawat ke Port Dickson dengan merasakan penginapan yang santai.

Anda boleh lihat lebih banyak gambar mengenai hotel ini dan membuat tempahan melalui laman web rasmi mereka.


3. Hotel Seri Malaysia Genting

Hotel Seri Malaysia Genting Highland ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat, sama ada untuk percutian keluarga, berbulan madu bersama pasangan, bisnes trip, atau untuk warga emas.

Ia terletak kira-kira 10 km dari puncak Genting Highland dan hanya bersebelahan dengan ladang strawberi dan padang golf Awana Genting Highland. Jika anda tidak mahu memandu ke puncak gunung itu anda boleh mengambil kereta kabel yang hanya 1 km dari hotel.

Semua bilik Hotel Seri Malaysia ini dilengkapi dengan bilik mandi dengan peralatan mandian percuma. Kemudahan hotel lain yang boleh didapati adalah seperti TV satelit, kemudahan membuat teh / kopi, telefon meja dan almari pakaian disediakan untuk memastikan tetamu hotel keselesaan yang maksima.

Semak kadar bilik mereka yang bermula pada hanya RM 190 semalam dan anda boleh membuat tempahan melalui laman web rasmi mereka.


4. Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang

Pinang Pulau Malaysia adalah salah satu destinasi utama untuk pelancong tempatan dan asing.

Hotel ini terletak di Bayan Baru yang merupakan daerah industri Pulau Pinang. Pusat membeli-belah terdekat Queensbay Mall, yang kebetulan menjadi salah satu pusat membeli-belah terbesar di Pulau Pinang hanya 5 km jauhnya dari hotel ini.

Selain pusat membeli-belah, berhampiran Hotel Seri Malaysia ini terdapat tarikan pelancongan yang popular seperti Taman Negara Pulau Pinang, Fort Cornwallis dan “Kek Lok Si temple” (kuil Buddha terbesar di Asia Tenggara). Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pula terletak hanya 10 minit memandu dari hotel ini.

Hotel ini menawarkan kemudahan seperti penghawa dingin, saluran satelit Astro, Wifi percuma, kolam renang, tempat letak kereta percuma dan pengangkutan pergi dan balik dari lapangan terbang Pulau Pinang. Semak kadar bilik yang bermula dari hanya RM 110 melalui halaman Hotel Seri Malaysia bahagian tempahan mereka dan membuat tempahan anda dengan cepat!


5. Hotel Seri Malaysia Kulim

Hotel Seri Malaysia Kulim bertujuan untuk menjadikan bisnes trip anda ke bandar kecil ini nyaman dan percutian anda dengan keluarga lebih menyeronokkan. Ia adalah salah satu hotel rangkaian Seri Malaysia yang mempunyai reka bentuk yang terbaik.

Ia adalah tempat persinggahan yang kerap untuk penggemar burung sebagai transit untuk berehat sebelum mereka pergi ke “Royal Belum” semasa musim memerhati burung tahunan. Hotel ini juga mengambil masa kurang daripada 10 minit memandu dari Kulim “Golf & Country Resort”.

Kemudahan yang disediakan termasuk tempat letak kereta percuma, BBQ dan kemudahan majlis perkahwinan, kolam renang, sambungan WiFi di dalam bilik serta saluran Astro, pembuat kopi, penghawa dingin dan “hot shower”.

Hotel ini bermula pada hanya RM 100 semalam dan anda boleh melihat beberapa bilik mereka yang di penuhi dengan hiasan melalui halaman tempahan dalam web mereka.


Senarai Semua 21 Hotel Seri Malaysia

Hotel Seri Malaysia di seluruh Malaysia masih lagi pilihan yang terbaik untuk pelancong sama ada untuk perniagaan atau tujuan rekreasi. Ia adalah salah satu hotel pilihan yang paling terkenal untuk menginap terutama bagi pengunjung yang gemarkan tempat penginapan dengan harga yang berpatutan dan selesa.

Di atas hanyalah 5 daripada 21 dalam senarai rangkaian Hotel Seri Malaysia. Layari Laman Web Rasmi Hotel Seri Malaysia untuk menyemak semua 21 hotel, galeri, harga dan tarikh kekosongan.