Malaysia's Friendliest Vacation Rentals and Homestay Booking Site

5 Tempat Menarik Di Muar

5 Tempat Menarik Di Muar Featured Image

Dikenali sebagai Bandar Maharani



Muar merupakan sebuah bandar utama yang terletak di daerah Muar dalam negeri Johor. Ia juga merupakan salah sebuah bandar yang sedang membangun sebagai pusat pelancongan di Malaysia mengikuti negeri Melaka dan Pulau Pinang. Oleh itu, kami telah mengumpulkan beberapa tempat menarik di Muar yang anda mesti kunjungi. Berikut merupakan senarai tempat-tempat yang menarik. Anda mungkin perlu bookmarkkan page ini!


1. Tanjung Emas

Tangjung Emas merupakan sebuah taman yang terletak di muara Sungai Muar yang menghadapi Selat Melaka. Taman yang besar ini diuruskan dengan rapi supaya persekitarannya sentiasa selesa. Selain itu, taman ini merupakan tempat yang paling sesuai kepada mereka yang suka melihat laut dan menikmati bayu laut yang segar. Tanjung Emas juga sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak kecil mereka untuk ke taman permainan yang terdapat di sini.

Lokasi: Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor (Google Maps)


Artikel berkaitan:
Top 10 Beaches To Visit in Malaysia


2. Masjid Sultan Ibrahim Jamek

Masjid yang penuh dengan sejarah ini merupakan hibrid daripada reka bentuk gaya Barat dan Timur Tengah. Terletak di Jalan Petri, masjid ini dibina pada tahun 1887-an dan merupakan salah sebuah masjid yang tertua di Muar. Masjid Sultan Ibrahim Jamek yang berdiri dengan megahnya juga boleh dinampak dari Tanjung Emas. Warna masjid ini terdiri daripada putih dan biru dan ia mewakili suasana yang tenang.

Lokasi: Jalan Petri, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor (Google Maps)


Artikel berkaitan:
Malacca Straits Mosque


3. Menara Jam Muar

[Gambar dari AirAsia blog]

Menara Jam Muar ialah sebuah pusat pelancongan popular di Muar yang terletak di dalam sebuah taman yang dikenali sebagai Padang Nyiru. Seni bina berala-English inilah yang menjadikan jamnya unik and lain daripada yang lain. Tangga kepada menara ini semuanya bermangga sebagai langkah keselamatan.

Lokasi: 1947, Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor (Google Maps)


4. Kolam Panas Gersik

[Gambar dari Eyda E]

Terletak di antara Parit Jawa dan Batu Pahat, kolam air panas ini uruskan dengan rapi dan yang paling bestnye ialah, anda boleh masuk secara percuma. Suhu airnya berada dalam anggaran kira-kira 50 hingga 70 darjah Celcius. Pada hujung minggu, pelancong-pelancong bukan main sibuk melawati kolam air panas ini setakatnya untuk berremdam dalam 3 buah kolam yang berlainan suhu. Tempat ini memanglah sesuai untuk dikunjungi oleh sekeluarga pada hujung minggu kerana juga telah dilengkapi dengan kolam kanak-kanak.

Lokasi: Kampung Sungai Gersik, 84150 Parit Jawa, Muar (Google Maps)


5. Pantai Leka

Pantai Leka mrupakan sebuah pantai dan juga sebuah tempat perlindungan burung yang menonjol di Parit Jawa. Dipamerkan sebagai sebuah taman terpelihara semula jadi kepada burung-burung berhijrah, Pantai Leka dilengkapi dengan makanan dan tempat perlindungan daripada hutan-hutan bakau tempatan untuk spesies yang jarang ditemui ini.

Lokasi: Pantai Leka, 84150 Parit Jawa, Muar (Google Maps)


Artikel berkaitan:
5 Tempat Menarik Berdekatan Pantai di Melaka


Ingin melawati tempat-tempat ini? Jika anda ingin mencari tempat tinggal yang berpatutan di Muar, Johor, jangan lupa melayari HomestayAtJohor.com dan LetsGoHoliday.my