We are now in Indonesia and Vietnam!
Check out our listings.

Malaysia's Friendliest Vacation Rentals and Homestay Booking Site

LGH Lets Go Melaka Blog Header

10 Hotel bawah RM100 di Melaka

10 Hotel bawah RM100 di Melaka Featured Image
  •   [email protected]
  •   Oct 17, 2016

Penjimatan yang besar untuk perjalanan anda yang akan datang di Melaka



Perancangan dalam perjalanan adalah penting terutamanya apabila anda sedang dalam bajet yang sedikit. Terdapat beberapa perkara yang anda harus berbelanja boros dan ada perkara di mana anda boleh menghabiskan dengan bijak. Dalam kes ini, jika anda merancang untuk melakukan “Food Trip” ke Melaka, anda mesti mahu mengurangkan pembelanjaan pada penginapan dan berbelanja lebih kepada makanan! Terdapat banyak hotel yang harganya berpatutan di Melaka yang mana anda boleh melihat dan membuat persediaan untuk percutian anda ke Melaka nanti:


1. The Heritage Hotel

The Heritage Hotel terletak di Melaka Raya, yang dikatakan sebagai “the center of all happenings”. Hotel ini memberikan anda keselesaan seperti di rumah. Hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, Wi-Fi percuma, TV dengan saluran Astro dan tempat letak kereta.

Alamat: 92, Jalan Melaka Raya 25, Taman Melaka Raya, 75000 Bandar Hilir, Melaka (Google Maps)

Lingkungan Harga: RM60 – RM100 /malam


2. Hollitel Hotel

Hollitel adalah pilihan penginapan yang tepat untuk anda jika anda mencari penginapan yang berpatutan di Pusat Bandar Melaka. Tinggal di sini pasti akan memuaskan hati anda dengan layanan yang hebat dan harga yang berpatutan. Kemudahan-kemudahan termasuk Wifi percuma di seluruh hotel, penghawa dingin, kelengkapan peribadi, besi dan mesin basuh.

Alamat: G20K JLN P.M 5, Plaza Mahkota Banda Hilir 75000 Melaka (Google Maps)

Lingkungan Harga: RM55 - RM150 /malam


3. Sunflower Hotel Melaka

Anda akan menikmati tidur yang lebih baik dengan Sunflower Hotel Malacca kerana anda akan dibekalkan dengan bilik yang sangat bersih dan tenang, dari jalur lebar yang berkelajuan tinggi hingga ke pancuran air panas, setiap perincian adalah hanya untuk memastikan anda berasa seperti di rumah.

Alamat: 57, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka (Google Maps)

Lingkungan Harga: RM58 - RM178 /malam


4. Hotel Alor Villa

Ditubuhkan pada bulan Februari 2015, Hotel Alor Villa ini adalah hotel yang pertama ditubuhkan di bandar Alor Gajah. Dikelilingi oleh kehijauan yang subur, Alor Villa menawarkan penginapan yang tenang dan selesa dengan akses Wi-Fi percuma di seluruh hotel. Ia mempunyai ruang tamu yang biasa dan menyediakan tempat letak kenderaan percuma di lokasi.

Alamat: Jalan Utama, Taman Kelemak Perdana, 78000 Alor Gajah, Melaka (Google Maps)

Lingkungan Harga: RM78 - RM148 /malam


5. LKS Hotel

LKS Hotel boleh di ibaratkan seperti berada di rumah sendiri. Ia terletak di Bandaraya Melaka dan anda boleh berjalan kaki menuju ke Sungai Melaka dan melihat sebahagian tempat bersejarah di melaka hanya dalam 10-15 minit perjalanan.

Alamat: 128, Kompleks Munshi Abdullah, Jalan Munshi Abdullah, 75100 Melaka (Google Maps)

Lingkungan Harga: RM98 - RM188 /malam


6. Traveller’s Planet Hotel

Travelers Planet Hotel & Rumah Tamu menawarkan penginapan berkualiti dengan bilik-bilik bajet yang amat bersih dari bilik tunggal hingga ke bilik triple dengan kipas, bilik-bilik mewah dengan penghawa dingin, bilik mandi peribadi dan TV.

Alamat: G-19, Jalan PM 3, Plaza Mahkota, 75000 Bandar Hilir, Melaka (Google Maps)

Lingkungan Harga: RM70 - RM145 /malam


7. Layang-layang Guest House

Rumah tamu Layang Layang terletak di Blacksmith Street, yang kini dikenali sebagai Jalan Tukang Besi. Ia merupakan lokasi terbaik semasa penerokaan anda di salah satu daripada tapak warisan tertua di Malaysia, yang dipelihara sehingga hari ini.

Alamat: 24-26, Jalan Tukang Besi, 75200 Melaka (Google Maps)

Lingkungan Harga: RM90 - RM130 /malam


8. Kota Lodge Hotel

Kota Lodge boleh di ibaratkan seperti berada di rumah sendiri. Terletak di tengah-tengah Chinatown, anda boleh berjalan kaki menuju ke Sungai Melaka dan melihat sebahagian tempat bersejarah di melaka hanya dalam 5-10 minit perjalanan.

Alamat: 26, Jalan Taman Kota Laksamana 3, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka (Google Maps)

Lingkungan Harga: RM62 - RM132 /malam


9. Hotel Sixty Six

Hotel Sixty Six terletak di tengah-tengah Daerah Perniagaan Melaka Raya, Melaka. Berhampiran dengan pusat perniagaan utama, Pusat Perubatan Mahkota, kawasan beli-belah dan tempat-tempat bersejarah. Mempunyai kemudahan-kemudahan yang menyeluruh, boleh berjalan kaki ke Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan Pusat Perubatan Mahkota.

Alamat: 345 - 346, A&B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya 75000 (Google Maps)

Lingkungan Harga: RM75 - RM146 /malam


10. Fenix Inn Hotel

Fenix Inn terletak di lokasi strategik di kawasan pusat perniagaan Melaka. Ia juga berdekatan dengan pusat membeli-belah terkemuka di Melaka iaitu:- Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan Hatten Square.

Alamat: No. 18, Jalan KL 3/11, Taman Kota Laksamana Seksyen 3, 75200 Melaka (Google Maps)

Lingkungan Harga: RM79 – RM178 /malam


Untuk lebih banyak hotel yang terletak di Melaka, layari HotelAtMelaka.com dan LetsGoholiday.my. Selamat berjalan!