Kereta Kuda - Satu Tarikan Baru Di Melaka Featured Image

Kereta Kuda - Satu Tarikan Baru Di Melaka

By [email protected] - Jan 24, 2017 (Last Updated Jul 14, 2020)

Melaka Bandar bersejarah kini menawarkan pengangkutan kereta kuda sebagai kaedah terbaru pengangkutan untuk pelancong untuk melihat pemandangan di Negeri ini.


Lokasinya bertempat di Tambak Bugis Melaka, iaitu kira-kira 20 minit memandu dari bandar Melaka. Tempat ini berhampiran dengan pekan Alai.


Jika anda tidak pernah mendengar Pekan Alai. Ia terkenal dengan Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai, Melaka yang sangat popular di kalangan pelancong tempatan dan juga asing pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Menurut pengasasnya, Shamsudin, sesiapa sahaja boleh menyertai aktiviti berkenaan dan bayaran yang dikenakan sangat berpatutan.

Ingin melawat ke Melaka?

Layari SINI untuk hotel dan homestay yang berharga berpatutan di Melaka!

Pelancong dapat merasa pengalaman menaiki kereta kuda di sekitar kampung di samping mempunyai pemandu pelancong sendiri yang akan membawa pusing di satu kampung, di benteng sungai, kelapa sawit, pokok getah dan banyak lagi.

Menaiki kereta kuda sekitar kampung sejauh 20 km pasti memberikan kenangan yang tak dapat dilupakan.

Disamping itu, En Shamsudin juga menyediakan perkhidmatan untuk majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan lain-lain acara. Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi pemiliknya iaitu En Shamsudin (+6019-7563341)


Sejarah Kereta Kuda

Kereta kuda sangat berguna pada zaman dahulu sebagai kenderaan kepada golongan diraja, bangsawan dan peniaga. Kereta kuda sangat berguna di kawasan pendalaman, tidak ada jalan tar dan tidak perlu mengisi minyak petrol.

Kereta kuda mempunyai dua jenis. Ada yang beroda 2 dan ada juga yang beroda 4.

Kereta kuda beroda 2 selalunya digunakan untuk membawa penumpang dan barang-barangan.

kenderaan beroda dua ini di seimbangkan dengan pengagihan berat beban (pemandu, penumpang dan barang-barang) ke atas gandar, dan tahap ketinggiannya sama aras dengan kuda.

Ini bermakna ‘shaft’ (atau kadang-kadang sebatang tiang untuk dua kuda) perlu ditetapkan dengan ketat kepada badan kenderaan.

Kereta kuda beroda 4 pula mempunyai pelbagai nama. Untuk muatan yang berat dikenali sebagai ‘Wagon’ yang ditarik oleh keldai.

Source Image: horsecarriagemalacca.blogspot.my

kenderaan beroda 4 ini di seimbangkan dengan sendiri. ‘Shaft’ atau tiangnya di enselkan secara menegak, yang membolehkannya untuk turun dan naik mengikut pergerakan kuda.


Kereta kuda digunakan secara meluas di Singapura, Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur suatu masa dahulu. Kuda juga kemudiannya digunakan dalam aktiviti perlumbaan.


Aktiviti lumba kuda merupakan aktiviti hujung minggu dan hari cuti yang sangat digemari pada masa dahulu, bukan sahaja oleh kalangan ekspatriat tetapi juga masyarakat tempatan.


Bagi mereka yang berminat untuk menaiki kereta kuda boleh melihat lokasi Google Map di sini. Untuk sebarang pertanyaan mengenai tawaran atau perkhidmatan mereka boleh menghubungi pemiliknya Encik Shamsudin 019-7563341




Terdapat banyak lagi pilihan penginapan di sekitar Ayer Keroh yang boleh anda jadikan pilihan. Klik saja pada gambar di bawah untuk melihat senarai penuh tersebut. 







Rate this post

0 (0 VOTE)