5 Pantai Port Dickson Yang Disyorkan Penduduk Tempatan Featured Image

5 Pantai Port Dickson Yang Disyorkan Penduduk Tempatan

By [email protected] - Nov 16, 2016 (Last Updated Jul 26, 2022)


Port Dickson adalah tempat percutian di kawasan pantai yang sangat terkenal di Negeri Sembilan. Ia hanya mengambil masa selama 1 jam memandu dari Kuala Lumpur dan juga Melaka. Pantai Port Dickson selalu dibanjiri dengan pelancong terutama pada hujung minggu atau cuti sekolah yang panjang. Antara aktiviti yang sering dilakukan di pantai Port Dickson termasuk berenang, menunggang bot laju, snorkeling dan banyak lagi. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk percutian bersama ahli keluarga dan kanak-kanak. Sepertimana kita tahu Kanak-kanak suka kan pantai. Antara aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak termasuk membina istana pasir, menunggang kuda, berenang, berjalan di sekitar ruang yang terbuka luas dan banyak lagi.


1. Blue Lagoon (Pantai Tanjung Biru Port Dickson)

Blue Lagoon terletak kira-kira 17 kilometer dari bandar Port Dickson dan lebih terpencil berbanding dengan pantai-pantai lain di Port Dickson. Penduduk tempatan di situ lebih suka ke pantai Blue Lagoon ini kerana jaraknya yang jauh dari pantai-pantai yang lain. Disebabkan itu, Blue Lagoon ini tidak mempunyai ramai orang yang datang walaupun semasa musim cuti sekolah. Pantai ini adalah pantai yang terbaik di Port Dickson jika anda mahukan privasi. Terdapat beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman yang perlu anda cadangkan kepada keluarga anda untuk berkelah disana.

Photo Credit to (Blogspot)


2. Tanjung Tuan Port Dickson

Tanjung Tuan adalah pantai yang paling hampir dengan Rumah Api Cape Rachado. Pada yang sukakan alam semula jadi akan menyukai tempat ini kerana ia mempunyai pusat rizab hidupan liar. Oleh kerana itu, tidak banyak pembangunan di tempat ini untuk mengekalkan konsep yang semula jadi. Berenang di sini adalah tidak digalakkan kerana di Tanjung Tuan ini, aktiviti yang lebih sesuai untuk dilakukan adalah berjalan-jalan di sepanjang pantai dan juga berjalan kaki di hutan tebal. Apa yang istimewa tentang Tanjung Tuan ini adalah orang awam boleh berjalan melalui hutan-hutan di situ untuk mengakses beberapa kawasan pantai terpencil. Ia merupakan tempat yang ideal untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi bagi mereka yang bosan dengan hiruk-pikuk kehidupan bandar.

Photo Credit to (www.nellaterradisandokan.com)


3. Pantai Saujana

Pantai Saujana seperti yang dinyatakan oleh penduduk tempatan adalah lebih kurang 1 kilometer panjangnya dan sangat popular dikalangan pelancong terutama keluarga dan kanak-kanak. Tempat ini sesuai untuk ahli keluarga menghabiskan masa bersama-sama dengan melakukan pelbagai aktiviti sukan air termasuk bermain ski air, jet ski, berkayak, menaiki banana boat dan banyak lagi yang boleh didapati di pantai ini. Jika anda mempunyai anak kecil yang tidak sesuai untuk aktiviti sukan air yang melampau, anda boleh memilih untuk melakukan aktiviti lain seperti berenang di kawasan air cetek, membina istana pasir, berkelah atau menyalakan ungun api! Ini merupakan peluang yang baik untuk melakukan aktiviti perkhemahan di tepi pantai bersama dengan ahli keluarga di Port Dickson kerana tidak banyak tempat di bandar yang anda boleh kem di tepi laut dengan selamat. Ia akan menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan untuk keluarga anda nanti.

Photo Credit to (www.pd.com.my)


4. Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Pantai Cahaya Negeri terletak 15 kilometer dari bandar Port Dickson. Tempat ini sangat sesuai untuk photoshoot. Ramai yang mengambil gambar perkahwinan mereka di lokasi ini kerana pemandangan di sini sangat cantik dan indah. Terdapat sebuah taman rekreasi yang sesuai untuk kanak-kanak bermain bersama-sama dan juga jambatan kayu yang telah menjadi seperti satu mercu tanda di pantai ini. Selain itu, terdapat satu tempat berhampiran pantai Cahaya Negeri ini yang sesuai untuk mereka yang suka snorkeling. Iaitu di Lloy Marine Watersports. Ianya hanya 1 kilometer jauh dari pantai ini. Anda boleh melihat pakej snorkeling di Port Dickson dan nombor telefon mereka di sini.

Photo Credit to (visitorsguide.com.my)


5. Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang sudah diketahui ramai termasuk mereka yang telah ke Port Dickson mengangap ianya sebagai pantai paling sibuk di Port Dickson. Ini kerana terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan di sini dan terdapat banyak kemudahan termasuk tempat letak kereta percuma. Ini membuatkan pantai Teluk Kemang menjadi tempat kegemaran di kalangan pelancong. Antara aktiviti pantai yang popular disini seperti menunggang banana bot, jet ski dan bot laju. Juga terdapat banyak gerai dan penjaja di sini dan pantai ini lengkap dengan tandas awam, surau dan kedai cenderamata.

Photo Credit to (Media Hiburan Malaysia)

Satu tarikan bonus jika anda di pantai Port Dickson adalah Rumah Api Cape Rachado. Cape Rachado atau dikenali sebagai Tanjung Tuan, adalah satu tarikan alam semula jadi dan dikatakan rumah api tertua di Malaysia. Ia juga sangat berhampiran dengan pantai Blue Lagoon. Pemandangan disini sangat menakjubkan jika anda berdiri di menghadap ke arah laut. Orang yang suka fotografi akan jatuh cinta dengan pemandangannya. Bayaran masuk adalah RM1 setiap orang dan ia mengambil masa 15 minit berjalan kaki untuk sampai ke rumah api di puncak gunung itu.

Photo Credit to (Mnsraptor Watch)

Oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai orang merasakan tidak perlu untuk menghabiskan duit untuk perkara-perkara yang tidak perlu seperti melancong. Namun, menurut kajian yang telah dibuat, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengurus perbelanjaan ketika melancong. Oleh itu, merancang lah bembelanjaan apabila bercadang untuk melancong pada masa yang akan datang. 


Inginkan tempat untuk berehat? Semaklah homestay dan hotel kami yang berharga berpatutan di Port Dickson!


Anda mempunyai maklumat tambahan yang kami terlepas? Komen di bawah dan beritahu kami agar kami boleh mengemas kini senarai Pantai Port Dickson yang Disyorkan Oleh Penduduk tempatan.



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.37 (86 VOTES)