6 Taman Tema Untuk Kanak-Kanak Featured Image

6 Taman Tema Untuk Kanak-Kanak

By [email protected] - Nov 07, 2016 (Last Updated Dec 06, 2018)

Taman tema dan taman air merupakan tempat kegemaran setiap kanak-kanak. Mereka pasti akan teruja apabila ibu bapa dan keluarga membawa mereka ke sana. Akan tetapi, taman tema bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah ia juga tempat yang menarik untuk percutian seisi keluarga. Oleh itu, mulakanlah percutian anda bersama anak-anak ke 6 taman tema di Malaysia ini.


1. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon merupakan salah satu taman tema yang terbaik di Malaysia. Taman Tema Sunway Lagoon terletak di Subang Jaya, Selangor, dimana terdapat perbagai tarikan seperti taman hiburan, taman hidupan liar, extreme park, taman air, scream park dan juga Nickelodeon Lost Lagoon yang baru sahaja dilancarkan. Sebagai pengunjung, anda boleh mencuba kesemua aktiviti yang terdapat di dalam setiap tempat tarikan tersebut. Yang pasti adalah anda harus mencuba taman air di Sunway Lagoon kerana ia merupakan salah satu taman air yang terbesar di Malaysia.

Taman Air


Vuvuzela

Vuvuzela merupakan gelongsor yang terbesar dan yang paling menarik yang terdapat di taman air Taman Tema Sunway Lagoon. Untuk meluncuri gelongsor ini, anda perlu memanjat tangga setinggi 11 tingkat. Apabila tiba di atas, anda akan meluncuri gelongsor tiub sebelum memasuki corong tornado Vuvuzela. Jika anda bercuti ke Sunway Lagoon bersama anak-anak, pastikan mereka tidak terlepas untuk meluncuri Vuvuzela. Selain daripada itu, anda juga boleh berehat-rehat di pantai yang terdapat di Sunway Lagoon.

Taman Hiburan

Lost City Scream Coaster

Selepas anda selesai menerokai taman air Sunway Lagoon, anda boleh pergi ke taman hiburan Sunway Lagoon dimana Lost City Scream Coaster merupakan salah satu permainan yang anda harus cuba.


Jambatan Gantung

Jambatan gantung ini merupakan jambatan gantung yang terpanjang di dunia. Jambatan sepanjang 428m ini membolehkan anda melihat keseluruhan Taman Tema Sunway Lagoon dan ia merupakan tempat yang terbaik untuk sesi bergambar bersama keluarga. Selain daripada itu, jika anda merupakan seorang penyayang haiwan, anda boleh melawat taman hidupan liar Sunway Lagoon dimana anda boleh menjumpai Bird Savannah, harimau putih, singa dan macam-macam lagi. Di sini juga terdapat persembahan haiwan-haiwan liar dari 15:00-15:15 setiap hari di teater hidupan liar.

Extreme park dan juga scream park pula tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Akan tetapi jika anda berumur 12 tahun ke atas, bolehlah anda mencabar keberanian anda dengan melalukan aktiviti-aktiviti lasak seperti flying fox yang terpanjang di Malaysia, G- Force X, dan Bungee Jumping.


G Force X


Bungee Jump


Nickelodeon Lost Lagoon


Nickelodeon Lost Lagoon merupakan taman yang baru dibuka di Sunway Lagoon. Antara permainan yang menarik yang terdapat di Nickelodeon Lost Lagoon adalah Monsoon 360, Moolalah Adventure River, Jungle Fury, Kubarango dan Primeval. Anda juga boleh bersantai di Explorer’s Campsite. Selepas melakukan aktiviti-aktiviti air, anda juga boleh mencuba Explorers’ Trail. Di Nickelodeon Lost Lagoon anda juga boleh menikmati keindahan alam semula jadi seperti pemandangan air terjun dan bukit-bukau.

Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia


Senarai Homestay Ada Kolam Renang di Selangor 


2. Lost World of Tambun

Lost World of Tambun terletak di Sunway City Ipoh, Perak. Taman tema ini dikelilingi dengan lembah bijih timah, taman pengembaraan, taman hiburan, taman air, zoo dan lembah harimau. Lembah bijih timah merupakan tempat yang menarik jika anda dan anak-anak ingin ingin mengetahui sejarah perlombongan bijih timah. Terdapat juga pelbagai pertunjukkan yang boleh ditonton bersama seisi keluarga.


Tube Raiders



Adventure River

Lokasi: 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia


Senarai 11 Homestay Berdekatan Lost World of Tambun 


3. Taman Air Bukit Gambang

Taman Air Bukit Gambang terletak di Pahang. Taman tema ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu taman air dan taman safari. Terdapat Aqua Play, Kids Slide, pantai, Penguin Island dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh didapati di taman air. Di taman safari pula terdapat sebuah zoo kecil dimana anda boleh melihat haiwan seperti singa, alpaca dan haiwan-haiwan liar lain melalui Savannah Drive. Selain daripada itu, anda juga boleh menonton pelbagai persembahan haiwan.


Kids Slide



6- Lane Racer

Lokasi: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia


4. A’ Famosa Resort

A 'Famosa Resort bukan sahaja terkenal dengan sejarahnya sebagai sebuah kubu Portugis pada abad ke-16. Malah, A 'Famosa Resort merupakan salah satu destinasi perlancongan yang terbaik di negara ini. Apa yang menarik kebanyakan pengunjungnya adalah taman air A 'Famosa Water World. Taman air ini mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak. Taman tema air ini terdiri daripada kolam air seperti Wave Pool and Kid’s Adventure Pool. Selain daripada itu, kanak-kanak juga boleh menaiki gelongsor yang menarik seperti Family Raft Slide dan Inner Tube Slide. Aktiviti-aktiviti lain yang kanak-kanak boleh cuba adalah permainan kolam renang yang menyeronokkan seperti permainan bola, permainan relay dan permainan icebreaker. Aktiviti-aktiviti ini juga dibuka sepanjang hari supaya kanak-kanak boleh bermain sepuasnya.


Arabian Village



Wave Pool

Lokasi: Jalan Kemus, Simpang Empat, Melaka, 78000 Alor Gajah, Malaysia


Homestay Berdekatan A' Famosa 


5. Melaka Wonderland

Melaka Wonderland merupakan sebuah taman tema yang agak baru, akan tetapi ia merupakan salah satu tarikan utama di Melaka. Taman tema ini telahpun Berjaya menarik pelancong dari seluruh Malaysia dan serata dunia. Taman tema ini direka untuk semua para pelancong sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun seisi keluarga. Melaka Wonderland sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana pihak pengurusan taman air ini sangat menitik beratkan keselamatan para pengunjung. Taman tema air ini juga mempunyai sebanyak 16 tarikan yang menyeronokkan termasuk permainan seperti Tornado Chaser dan Kamikaze Racer. Terdapat juga sebuah kedai cenderamata di mana pengunjung boleh membeli patung maskot kecil seperti Rexy, Trinopony, Baby Pink & Blue ataupun mengambil gambar sebagai kenangan.


Tornado Chaser

Lokasi: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Malacca, Malaysia


Homestay Berdekatan Melaka Wonderland 


6. i-City Theme Park

i-City merupakan satu lagi taman tema baru di Malaysia. Tarikan utamanya adalah Waterworld @ i-City dan SnoWalk. Taman airnya menampilkan gelongsor air besar seperti Tornado Ride dan kolam renang yang menarik seperti Kids Play Pool yang bertemakan Aladdin. Selain daripada aktiviti air, kanak-kanak juga boleh menikmati SnoWalk – simulasi musim sejuk beriklim 5 darjah Celcius ke bawah. SnoWalk juga menampilkan ukiran ais dan zon permainan untuk aktiviti yang menyeronokkan seperti snowman building dan ice-sliding. Anda dan kanak-kanak pasti tidak akan bosan di i-City.


The Tornado Water Slide

Lokasi: D-1-G, /AJ, Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dengan membawa kanak-kanak ke salah satu tempat yang dinyatakan di atas, mereka ada lebih banyak untuk cerita apabila mereka balik ke sekolah lepas cuti nanti. Sila merancang perjalanan anda dengan teliti kerana banyak orang akan mengunjungi tempat popular ini. Kalau anda nak bermalam di tempat berhampiran dengan taman tema, anda boleh melayari website kami.


Senarai Homestay di Shah Alam  


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.25 (4 VOTES)