Merancang Untuk Mengembara Semasa Bekerja Featured Image

Merancang Untuk Mengembara Semasa Bekerja

By [email protected] - Nov 03, 2016 (Last Updated May 09, 2019)

"Jauh perjalanan, luas pemandangan."



Akhir tahun akan tiba tidak lama lagi dan cuti persekolahan akan bermula. Anda pula sudah lama ingin berjemur di bawah matahari sambil menghirup jus diatas “cruise” anda ke Hawaii ataupun menerokai tempat-empat bersejarah Rom seperti mana yang anda impikan selama ini. Anda merasakan sudah tiba masanya untuk anda bercuti seorang diri mahupun bersantai bersama keluarga yang tersayang. Sama ada menziarahi keluarga, menghadiri majlis perkahwinan saudara, “getaway” ke Pulau Pangkor yang mewah, ataupun pengembaraan “self-discovery” ke Sarawak. Jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk memulakan percutian anda, teruskan membaca!


[Image via Inc]

Sebelum anda merancang percutian anda, perkara yang pertama dan penting untuk anda lakukan adalah untuk memastikan bahawa percutian anda selari dengan peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh syarikat di mana anda bekerja. Cara yang paling mudah untuk mengetahui hal tersebut adalah untuk merujuk kepada peraturan-peraturan tertulis yang tersedia di dalam buku panduan pekerjaan anda. Cara lain untuk mengetahui peraturan-peraturan tersebut adalah dengan bertanya kepada rakan-rakan sekerja anda yang lebih tahu mengenai hal sedemikian.


[Image via Online Media]

Seterusnya, sebagai seorang pekerja yang prihatin, berdedikasi, dan berkerjasama, anda haruslah memastikan kerja dan tanggungjawab anda terlaksana dengan sebaik mungkin. Jika anda terlibat dalam sebuah projek atau acara yang penting, atau mempunyai “deadline” yang perlu dikejar, adalah sebaiknya jika anda menangguhkan tarikh percutian anda supaya anda dapat memberikan fokus yang lebih tinggi dalam menyiapkan kerja-kerja yang ditugaskan kepada anda. Anda juga diasihatkan supaya tidak memilih untuk bercuti dalam durasi masa dimana syarikat anda terlalu sibuk. Jika anda tidak tahu bila, anda sentiasa boleh bertanya kepada rakan-rakan sekerja yang lain.

Anda sedang merancang untuk cuti dengan kawan baik atau rakan sekerja? Lihat topik ini 7 Jenis Kawan Yang Anda Travel Bersama


[Image via Quantumgambitz]

Setelah itu, anda juga haruslah memikirkan impak percutian anda kepada rakan-rakan sekerja yang lain. Apabila anda sedang bercuti, rakan sekerja anda yang lain akan menggantikan tempat anda di pejabat. Oleh itu, anda haruslah memberitahu dan meminta pertolongan mereka seawal yang mungkin. Pastikan mereka rela untuk mengambil tempat anda sewaktu anda tiada dan pastikan juga anda akan membalas jasa baik mereka.


[Image via Lcwlegal]

Setelah anda melakukan semua perkara di atas, tibalah masanya untuk anda memberitahu majikan anda tentang percutian anda. Cara yang terbaik untuk memberitahu majikan anda adalah untuk mengemukakan permintaan percutian anda seawal mungkin supaya majikan anda mempunyai masa untuk merancang tugasan-tugasan ditempat kerja dan juga mempertimbangkan permintaan anda. Jika permohonan percutian anda diterima oleh majikan anda, tahniah diucapkan! Jika tidak, pasti ada sebab yang munasabah disebalik penolakkan permohonan anda itu.


[Image via Nymag]

Apabila anda sudah bersiap sedia untuk bercuti, satu langkah yang penting adalah untuk memastikan anda sentiasa dapat dihubungi sekiranya berlaku kecemasan di tempat kerja. Walaupun anda sedang bercuti, tanggungjawab anda adalah masih dibawah tanggungan anda. Oleh itu, anda perlulah menjadikan kebiasaan anda untuk meluangkan sedikit masa untuk memeriksa email anda setiap pagi semasa anda bercuti. Anda juga perlulah memastikan anda boleh dihubungi melalui telefon.


[Image via Huffington Post]

Akhir kata, anda tidak perlu memilih antara pekerjaan dan pengembaraan anda. Dengan mengetahui bagaimana caranya, anda boleh mendapatkan kedua-duanya sekali. Anda boleh melaksanakan tugas anda ditempat kerja dengan sempurna dan juga mengembara diserata dunia! Jadi apa lagi? Mulakan pengembaraan yang anda impikan selama ini! Sila melayari laman web Let’s Go Holiday


Topik berkaitan:
6 Jenis Backpack Yang Sesuai Semasa Melancong

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)